KUALA LUMPUR: Polis semalam mengesahkan bayi yang ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, di sini, jam 12 tengah malam Selasa lalu, masih bernyawa ketika dicampak.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata hasil bedah siasat terhadap bayi itu mendapati punca kematiannya adalah pelbagai kecederaan di kepala dan badan akibat jatuh dari tempat tinggi.
“Bedah siasat mendapati bayi itu masih bernyawa ketika dicampakkan. Jelas, ini satu kes bunuh yang sangat kejam. Polis akan terus berusaha untuk menjejaki suspek. “Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini supaya tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya di sini, semalam.
Harian Metro kelmarin melaporkan kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak selepas seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri.
Sehari berikutnya, seorang lagi bayi dilaporkan menjadi mangsa kekejaman apabila dibuang dalam ruang membuang sampah sebuah rumah teres di Taman Pelangi, Rawang, di sini, kelmarin. Bagaimanapun, bayi lelaki yang juga baru dilahirkan dan masih bertali pusat itu terselamat daripada maut apabila dia ditemui pemilik rumah berkenaan.
ulasan ARTHIRAH ARZIMAN,
aku tau korang malas nak baca aku membebel.bukan nak kata ape la,kot ye pun kalau korang malas sangat nak jaga anak yang senang gila korang buat tu,pegi la letak kat depan rumah org ke,daripada korang campak dari tingkat lima la,buang la,mana la tau korang frust maybe pakwe ko ke buat ko mengandung,janganlah sampai ko benci sangat kat anugerah Tuhan bagi yang xde dosa langsung tuh.kang nanti dia dah besar mana tau boleh doakan ko mak bapak dia biar dapat hidayah ke,ni sia2 ko buang dia,dapat dosa lagi ada lah.mmg la ko happy skarang,layan syurga sementara bak kata the times kan,tp kat akhirat wallahualam la.aku ni bukannya ustazah ke ape ke nak tau ape azab korang dapat,tapi aku rasa korang dah bole pikir sendiri dah kan.Bagi tahun 2011, kepada semakin parah apabila dalam bulan Januari sahaja sebanyak 34 kes buang bayi dilaporkan di akhbar-akhbar utama Malaysia.(x percaya?klik nih).nak dikatakan stakat ni mmg selangor paling banyak kes la,kata shahrizat(x percaya gak.mai sini).ok.ni aku bukan main ckp je.aku ckp ada evidence.konklusinya,ko bertanggungjawablah ape yang kau dah buat.jangan setakat melepaskan batok di tangga.nak lepaskan batok pun biarla kat escalator ke lif ke.biar berfunction sikit.ok x kelakar.
No comments:
Post a Comment